Thursday, November 4, 2010

kisah seorang insan ketika berada dimadinah



> > Subject: Dunia.
 


> >
> > Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan
> melalui
> > pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan,
> > pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil
> > cantiknya,
> > walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan
> wajahnya,
> > wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya,
> dan
> > wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu
> > berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
> >
> > Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku
> > terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat
> dengan
> > hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan
> langkahku
> > ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan
> itu
> > telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita
> tersebut.
> >
> > Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu
> tanpa
> > disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh
> > beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa
> > kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam
> > rayonnya, sambil wanita itu -adakah ini khayalanku saja?- melambaiku
> lagi.
> >
> > Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah
> wanita
> > itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan
> > langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan
> > seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak
> > dapat
> > dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua.
> >
> > Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang
> > wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.
> >
> > Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di
> > hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah
> > perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa
> > gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa
> > dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara.
> >
> > Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke
> > arahku,
> > menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan
> sebuah
> > kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku
> > berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling
> > arah,
> > aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan
> > kubur itu.
> >
> > Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas
> > ranjang
> > yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada
> bantal
> > yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding
> > bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.
> >
> > "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik
> > seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya."
> > Aku akur.
> > "Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu
> > Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat
> > melihat gamamku.
> >
> > "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak
> > berfikir
> > panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak
> > wanita itu lagi.
> >
> > Aku diam.
> >
> > "Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit
> > menyindir. "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku
> > memuaskan nafsumu, bukan?"
> >
> > Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan
> memerhatikan
> > kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada
> > berbunyi
> > jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut,
> > kemudian
> > memahaminya.
> >
> > "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia
> mengangkat
> > purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi
> > kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah
> > cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.
> >
> > "Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku
> > kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah
> mendapatiku.
> > Di dalam kuburmu. Mari. Mari."
> >
> > Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu,
> > lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
 

No comments:

Post a Comment